»

Pages

11 September 2012

Bila Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terkadang bila tiba malam yang semacam malam ni..Aku membelek-belek Youtube..cuba mencari kesempatan-kesempatan yang membolehkan aku mencari ketengan malam yang semacam ni..

Aku duduk bersandarkan kerusi kayu.. Termenung memikirkan baki-baki masa yang menghimpit sejenak ruang fikiranku.. Mungkin olahan ayatku tidak sehebat sang pujangga, tetapi tulus daripada sanubariku..

Ye.. bila rindu selalu membuatkan aku menjadi bukan diriku.. terawang-awang di awangan.. kalau dapat aku gapai sang bulan sudah tentu aku berada di sana.. mungkin itu yang dapat aku gambarkan betapa besarnya perasaan aku ini..

Terdetik di hati tuk aku mengintai mahupun meneliti setiap sudut yang ada.. tapi apakan daya aku hanya insan biasa.. Di saat ni.. aku masih disini memikirkan masa yang kian meniti di titip usia..


dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua oo...

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insya-allah
kita akan bertemu semula

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

oh bila rindu, terkenang mu sayang, ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

*BumP*


06 September 2012

WTF!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sepanjang dari pagi ni sampai ke saat ni memanjang sakit perut! what the fuss tui la..hahaha adoiyai..nk kna cari cikiteaun gak la.

tu ja nak crita harini..hahaha

byeeeeeeeeeeee


05 September 2012

Blogwalking :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Moh review teman saya punya blog SINI


Storyline.com ! ngeeee

Cikidaut !

Review Gambar DSLR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Agak lama rasanya aku tak review gambar², yang mana suatu ketika dulu menjadi inspirasi untuk aku menambahbaikkan teknik aku menangkap gambar (tapi xpandai² ponnnn) hahaha ! orang kata apa ! Dok buat Sempoi ! hahaha.. saja ja aku nak bagitau kat korang suma..gambar² yang ditangkap menggunakan DSLR ni memang teramat cantik.. Dah la cantik siap edit lagi.. Mak aii..bertambah2 cantik la..ni salah satu contohnya pemenang terbaik aku x ingt bila..tapi cantik.. Jom Cikidaut !

*terbaek*

Kalau korang rasa teringin atau teruja bleh terjah SINI

*BuMp*

04 September 2012

Mencari CAP KAPAI API yang hilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni mai nak habaq mai ! ada la sorang member ni.. dia dok mencari cap kapai api dia yang hilang nuh..pi dok celah mana pun tatau nak habaq mai kat hang ! punya la nala besang tang batang hidong..

Hahaha Pape pun enjoyy ~

*Mengenalpasti arah tuju di bahagian kanan !

*Di bahagian Kiri Juga ! ekekeke

* Eh eh rupanya dibelakang..ekkekeke

Sampai disini saja entry ni..
Layan ~ Zaassss


Jenama² Rokok ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saja nak cerita mai bab rokok.

Maklumla..kebanyakan orang memang tidak suka dengan orang yang merokok ini. tapi nak buat camna.
bak kata Saleem ! " Sehari tak kena dia jadi sangap ! " wakakaka .. ni salah satu petikan daripada Saleem la ye bukan aku yang kata.. Ni aktiviti yang tiada kerja so sila cikidaut sendiri ye !


*Rokok Katik ! wakakaka


Dari yang mahal sampai ke murah !~ ngee


Tadaaa ~

Sekian sampai disini sajeeee...
lalalala ~

29 August 2012

Boroi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku sedar sejak kebelakangan ni pertambahan berat aku amat melampau dan aku sedar aku sering ditegur kawan2..apekah tui..aku da tau sebab apa..sejak kebelakangan ni..aku amalkan mnum susu sebelum tido..dan kemungkinan aku x exersice rasanya..adoiyai..!! aku perlu buat sesuatu sebelum habis semua baju aku xleh pakai! oh my perut!!!


Tips Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku nak berkongsi ckit..10 tips tuk bakal pengantin..cewah..sharing is caring kn..hihi

1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.

Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka.


SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikesempatan ni walaupun dah masuk raya keberapahari dah..ahaha..aku tetap nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin yee..

p/s : Dari kuh & Tunangku

Selamat Hari Raya! taun depan kta smbut sebagai suami n isteri ye..kihkih(MODE GATAI)


Aku Jutawan Segera!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

nak buat mcm mna..sebenarnya aku agak busan malam ni..jadi memandangkn pc aku kt rumah ni dah lingkup..maka dengan ini aku menggunakan kemudahan yang sedia ada iaitu phone aku la..

berbalik kpd tajuk diatas..sebenarnya xde kena mengena apapun..cumanya aku just nk tunjuk gambar ni ja..

sama tak ngan tagline tu..lalala

hihi sila jangan jeles ye


25 August 2012

Post menggunakan apps Blogger on Android!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saje jela nak bagitau.. entry ni di post menggunakan android..

Ahahahaha so sila jgn jeles yeeee.. lallala

27 February 2012

Apekah Itu ??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sebenarnya hari nih aku nk kongsi ckit la kn..dlu masa memula aku menceburkan diri dlm DSLR nih aku dok tgk jea orang dok lukis² kt gambar.. so aku pn tringin gak la nk bt camtu..

So aku setkan la mode "AUTO" kt kamera aku tuh ! uiks x jd pn..aku dpt pix aku smbil pgg lampu..
so aku pn terpaksa la tnya En. Google macam mana pnya dok mai nk bt bagi gambaq jd sempoi..

Akhirnya aku dpt info..nih dipanggil teknik paintlight klu xsalah aku la kan.. Setelah aku memahami isi kandungan info tu aku pn terus mencuba.. Untuk membuat teknik nih kita haruslah setkan mode kepada "Shutter" dan disetkan kepada -5 sec. so beginilah hasilnya bt pertama kalinya :) 


Ok x ? ahaha layannn ~ <3

21 February 2012

Aplikasi yang GAY !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari nih aku nak berkongsi satu applikasi yang lebih kurang dengan cleverbot !

Tapi tula kan..aku nih yang jenis suka tanya soklan pelik².. so aku pn tnya la dia..

Perbualan seperti di bawah !!

*klik untuk lebih jelas*


Memang sah ! Aplikasi nih seorang yang GAY ! or Danger Man !! aahahahaha


20 February 2012

Testing ^_^

Assalamualaikum & Salam sejahteta

Xde pape pun sbnarnya nk test log in n post kt blog using android je..ahaha..weeee
posted from Bloggeroid

18 February 2012

Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakarnya !! apekah ??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ok. aku mmg xsabar gila nk share video nih.. korang nk taw sebab apa.. sbb video nih mmg berjaya wat aku gelak kuat smpai xingt dunia.. ahahaha ! ok ok cover2x !! 

Berbalik kpd tajuk di atas.. video nih klu x salah aku la kn.. dorang nih warga asing.. 
Mungkin dia terlampau marah sangat sebab gambar dia dirakam then .....

korang kna tonton sndiri yea !! kui2x
Enjoy !!



Yang nih pn bleh tahan gak !! ahahahaha


Ahahaha pape pun Enjoy !! wwotuparey..kandeshi..irupare..­ewaaapppp!!!

Update !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sebenarnya mata agak letih sebab tgk movie kt Utube ! then aku pn terpikir gak..sunyi la plak kn blog aku nih..
pastu aku pun mula la menggodek2 Mr.Google cara² nak masukkan lagu kt dlm blog. (aku x pandai)

Ahahah pastu setelah aku ikut tutorial yg disediakan lalu aku pn choose la lagu yg aku nk..

Tp tula muka ja ganas dlm hati ada taman.. nih first entry aku pasal bab nih bleh plak aku buh lagu imran ajmain..

aku nk lagu NEYO !! uhuk plzz plz plzz !!

pape pn eNjoy !!

p/s : aku dh buang sbb bising .. tasuke !! ahahahaa

17 February 2012

Petua Imam Syafie





Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Bedroom Sanctuary

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Smbil² aku dok wat kerja kt ofis nih.. sesambil tu aku layan la radio..pastu aku terdngar satu lagu..
lagu nih dgr cam agak SKEMA ckit..tp aku suka..wahahah.. disebabkan lagunya rentak ala² ska ckit..
truih teringat zaman² skinhead dlu..wahahaha !

pape pun layan nah ! nih lirik nya..


Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu

Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku

Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Enjoy !

16 February 2012

Bila Mata Masih Bulat O.o

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mungkin post nih yg last kot tuk mlm nih.. mungkin da tiba masanya tuk aku lena..ahaha
klu x lena sok kt ofis dok teranguk-anguk geleng-geleng la jawabnya ! ahahaha

So dlm aku dok search² lagu kt utube ! aku terushar video clip nih !



Comment aku la ek ! 

1. Aku suka lagu spider !

2. Aku suka cara penggambaran video clip nih 

3. Aku suka jalan cerita lagu nih ( ape yg nk disampaikan )

4. Lawa spek mata depa nih suma ! ahahahaha

Pape pun cantek video clip nih..tahniah ! 

ahaha smpai disini saje yea.. ! 

Cerita Sebenar Benarnya !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Actually aku cam biasa la..xleh lena..hujan dh turun dh..tp mata plak xnk pejam ! urm..xpela
so aku pn mengambil langkah untuk mengubah & mengupdate blog aku yg baru nih ler..

Aku bknnya pandai sgt bab2x blog nih tp disebabkan aku jarang dh berFACEBOOK atas sebab² tertntu so aku bleh jea luah & pamer hasil karya kt sini..so xde mslh la..ahahaha

sebenarnya aku xleh lena..tue jea la yg aku nk cita..

kui2x jgn marah naaa... sape marah kna jual :P

jom moh kite layan utube ! weee~ sini !

Click2x

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari tue sesaje jenjalan kt kulim..ade kenduri so saje jea la mata nih rasa lama xclick2 kamera..
pastu ternampak la satu taman kt kulim hi-tech..so masa tu singgah la sbntar sbb nk tgk keindahan alam (ayat skema ) ahahaha.. ternmpk la satu spot baeekk pnya..
so aku pn click2 la.. maklum la aku nih jenis minat bokeh ! so nih la salah satu hasilnya..
ngeeee 


Mnta maaf ler if gambar xelok tp ku janji next next time ku add pix yg chantek2x yg chomel2x na..

Weee~

10 February 2012

penyakit payah lena~




Assalamualakum & Salam Sejahtera

Seperti sedia maklum..aku nih ada satu pnyakit iaitu ssh nk lena..

Aku sndiri xtaw apa yg harus aku bt?? Oh! Aku btul2 stress ngan keadaan bgini..sbbnya tenet pn slow mlm nih..nk tgk anime pn xley!! Argh tidakk fufu :(

*layan hotfm jea*

*bUmp*

09 February 2012

Oleh kerana MINATku





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni aku di ofis.. Keadaan agak sunyi ckit sbb ofismate banyak yang Cuti, MC & CTR so agak busan la..

So aku pn amik la inisiatif tuk menghilangkan perasaan bosan aku nih dgn update entry kali nih..ahahaha..actually sblum nih aku da ade blog da..dsbbkan ada mslh tertntu & aku terpaksa create blog baru atas sbb2 peribadi :) so jgn pelik la if jmpa gambar of cara penulisan yang sama..ahaha

Ok..kembali kpd topik perbincangan.. Aku sebenarnya suka tgk gambar. & walaupun suatu ketika dahulu (*skema*) sblum aku memiliki kamera DSLR aku akan menggunakan kamera handphone ! walaupun x secantik hari nih tp cukup beerti..yela kenangan kn..asal aku g mna je mesti aku capture walaupun sekeping..ahaha pelik tui..

Pastu selepas aku memulakan kerjaya yang tetap so aku berpeluang tuk mendapatkan DSLR.. so tunggu bapak lagi..ahahaha..time tu xsalah aku, aku jd sdikit confius sbb xtaw nk pilih antara NIKON & CANON ! so aku pn refer la member2 aku yang menggunakan DSLR nih la..so dorg suggest NIKON sbb if ada part leh exchange ngan kengkawan..so aku pn tangkap la NIKON D90(*time nih power la*)

Nih kiranya kamera pertamaku la..so aku pn agak teruja..! semakin hari semakin aku mengerti..cewah ayat ! ahahaha..bahawasanya aku lebih cenderung ke arah cara penangkapan or skills yang lebih dikenali sbgai BOKEH !

Bokeh nih kalau mengikut kefahaman aku la kn..org lain aku xtaw la..tp if mengikut kepada kefahaman aku..semasa proses menembak tu kita hanya focus pada part yang kita nk btul2 sharp ! yang selainnya akan menjadi blur & akan membntuk bulat2x..

kjadian bulat2 tu bknnya merosakkan gambar kta, tetapi akan menampakkan kecantikan yang tersndiri serta ketrampilan gambar tersebut ! contohnya seperti gambar diatas :)

disini aku kasi link untuk korang yang masih x bpe faham penjelasan aku ttg Bokeh nih ! http://www.digitalpicturezone.com/digital-pictures/30-fabulous-examples-of-bokeh-photography/..

So korang belek2 la sndiri ye..

Smpai kt sini jea entry aku..

So Jmpe lagi yea !

08 February 2012

Pembuka Bicara




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tujuan saya membuka blog ini bertujuan untuk mempromosi & sekadar untuk "sharing" dengan kengkawan sekalian..

Walaupun saya masih baru di dalam bidang photographer ni. Saya masih mencuba & akan terus mencuba untuk mendapatkan yang terbaik.

Saya hanya insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.. Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran untuk hari ni. Walaupun kehidupan kita hanyalah sementara, tidak semestinya hidup kita perlu bergantung dengan orang lain.

So sebagai pembuka tirai 2012 ini, saya Firdaus Ahmad ataupun lebih dikenali sbgai En Piduih Ahmad (EPA) sebagai owner blog ini membuka tirai dengan Lafas Bismillah.

Saya berharap tahun nih merupakan tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. Insyallah jika kengkawan sudi untuk "share" topik-topik mengenai photographer, Saya amat mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan/Encik & Cik :)



Saya budak baru blajar :)
 
Blogger Widgets